Surau An-Nur · Bandar Puteri Klang, Selangor

AHLAN WASAHLAN
SURAU AN-NUR BANDAR PUTERI KLANG

Selama lebih 15 tahun, Surau An Nur telah berdiri teguh sebagai pusat komuniti yang menyediakan ruang ibadah serta aktiviti keagamaan yang menyatukan ahli kariah di Bandar Puteri Klang.

800+
Anak Kariah
15+
Tahun Penubuhan
Waktu Solat Hari Ini
Subuh5:48 AM
Zohor1:00 PM
Asar4:20 PM
Maghrib6:59 PM
Isyak8:10 PM
Memuatkan waktu solat…
Zon JAKIM Klang/Hulu Langat
Bantu Kami untuk MEMBINA Masjid Baharu

Projek Pembinaan Masjid An-Nur memerlukan sokongan anda

Sejak tahun 2021, perjuangan kami untuk merealisasikan impian pembinaan Masjid An Nur telah bermula melalui kempen '1Ribu 1Rumah'. Alhamdulillah, berkat sokongan dan infak yang tidak putus-putus daripada para dermawan, dana sebanyak RM1 juta telah berjaya dikumpulkan.

Namun, perjalanan masih belum berakhir; bagi memastikan rumah Allah yang indah ini terbina dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti, kami masih memerlukan dana tambahan sebanyak RM4 juta lagi.

Latarbelakang
Pelan Tapak
Gambaran Luar Masjid
Gambaran Dalaman Masjid

Latar Belakang Projek

Cadangan pembinaan Masjid An Nur merupakah langkah seiring dengan pertambahan jemaah dan ahli kariah. Ianya bukan sekadar sebagai tempat ibadah, malah sebagai pusat komuniti yang selesa dan mampu menampung kapasiti jemaah demi kelestarian syiar Islam di Bandar Puteri Klang. Projek ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh JAIS.

Pelan Tapak

Masjid An-Nur akan dibangunkan bersebelahan dengan bangunan surau yang sedia ada. Ini bermaksud projek ini merupakan perluasan kawasan surau yang bakal menjadi blok masjid.

Gambaran Luar Masjid

Reka bentuk luar menggabungkan seni bina moden dan minimal dengan elemen timur tengah — memberi identiti yang elegan tanpa mengetepikan fungsi sebuah masjid komuniti. Berikut adalah gambaran reka bentuk luaran yang dicadangkan.

Gambaran Dalaman Masjid

Ruang dalaman direka khas untuk keselesaan jemaah. Kedudukan daun pintu dan tingkap yang tersusun menyerlahkan pencahayaan semula jadi dan menambahkan kejernihan suasana. Ruang hijau terbuka sebelum pintu masuk turut memberikan kesegaran buat pengunjung. Berikut adalah gambaran reka bentuk dalaman yang Masjid An Nur.

Jumlah Kutipan Terikini

Status Kutipan Semasa

Sokongan berterusan daripada para dermawan sangat diharapkan bagi memastikan kelancaran projek pembinaan ini.